Monday, January 25, 2010

Bila Pokok Berkata-kata.

Bila Pokok Berkata-kata.


Asalamualaikum,Anda masih ingat lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w
berkenaan tanda-tanda menjelangnya kiamat iaitu pokok berkata-kata.
Sabda Baginda SAW : "Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi.

Maka orang-orang Yahudi akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok-pokok (kerana takutkan orang-orang Islam) dan batu-batu dan pokok-pokok tersebut berkata kepada orang-orang Islam: "Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Bunuhlah ia!. Kecuali pohon 'Gharqad' kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi".

Akhbar "Afaq Arabiah" milik Ikhwan Muslimin di Mesir keluaran 15 Mei 2002 telah berjaya mendapat laporan yang lengkap mengenai perkara ini dari sumbernya di Palestin.
Pihak akhbar telah menghubungi Syeikh Ahmad Yasin, Pemimpin Gerakan Islam HAMAS di Palestin melalui telefon dan beliau menegaskan: "Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda bagi kemenangan Islam, dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian dari pejuang kami yang syahid di dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika hendak dikebumikan".

Syeikh Ahmad Yasin menyatakan semasa dihubungi oleh pihak akhbar melalui telefon: "Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengenai pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telahpun berlaku dan masa akan datang menyaksikan tanda-tanda lain dari apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dari berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah SWT akan datang dan ianya tidak mustahil berlaku.

Perkara ini juga mengembalikan kekuatan barisan pejuang-pejuang Islam di Palestin. Ini juga memberikan makna yang besar kepada kami bahawa musuh kami akan hancur dan musnah dengan izin dari Allah SWT dan kami yakin dengan

Syeikh Ahmad Yasin menjelaskan bahawa pokok-pokok berkata-kata adalah tanda awal kemenangan bagi pejuang-pejuang kebenaran yang tidak akan ditimpa kehinaan dan kelemahan seperti yang dijelaskan di dalam hadis Rasulullah SAW:

"Tidak akan hilang satu golongan dari umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dapat dimudharatkan oleh orang-orang yang cuba menentang dan merendah-rendahkan mereka sehinggalah tiba pertolongan dari Allah SWT". Sahabat bertanya kepada Baginda SAW: " Siapakah mereka Wahai Rasulullah? Manusia dari umatku di Baitul Muqaddis dan pelindung-pelindung (mujahid-mujahid) di Baitul Muqaddis".

Berikut adalah laporan peristiwa tersebut yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yasin, dimana lebih kurang pukul 8.30 pagi hari Ahad selepas hari serangan terakhir Yahudi terhadap Ramallah, tiga orang pemuda Palestin keluar untuk menuju ke hospital pusat di Ramallah untuk mencari mangsa-mangsa serangan udara yang dilancarkan oleh pihak Israel.

Semasa di pertengahan jalan, mereka melihat seorang penduduk Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Mereka berpandangan diantara satu sama lain dan mengambil kata sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut.

Mereka menghampiri Yahudi tersebut secara sembunyi-sembunyi supaya kedatangan mereka tidak disedari oleh Yahudi tersebut tetapi mereka mendapatinya telah melarikan diri. Mereka terus berusaha mencari dan mengepung Yahudi tersebut sehingga ke sebuah jalan mati tetapi mereka tidak berjaya menemui Yahudi tersebut.

Ketika mereka hendak pulang mereka mendengar satu suara memanggil mereka. Pada sangkaan mereka itu adalah khayalan mereka apabila mereka gagal mencari punca dari mana suara itu datang dan mereka mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka ke hospital.

Sekali lagi mereka mendengar suara tersebut berulang kali memanggil mereka dan akhirnya mereka mendapati bahawa suara itu datang dari belakang salah satu dari pokok-pokok yang berhampiran dengan mereka. Pada sangkaan mereka suara itu adalah dari salah seorang mangsa serangan Yahudi tempohari yang memanggil mereka untuk meminta pertolongan.

Ketika mereka sampai berhampiran dengan pokok tersebut mereka mendengar satu suara yang samar-samar menyuruh mereka melihat dan membunuh Yahudi yang bersembunyi di belakang pokok tersebut. Mereka benar-benar mendapati Yahudi yang mereka cari itu bersembunyi di belakang pokok tersebut dan mereka terus mengepung dan membunuh Yahudi tersebut.

Selepas itu mereka segera meninggalkan tempat tersebut untuk mengelakkan bertembung dengan tentera Yahudi. Mereka terus menuju ke hospital dan menceritakan peristiwa tersebut kepada pihak hospital. Dalam beberapa jam, berita tersebut telah tersebar luas ke seluruh bandar Ramallah dan sampai ke pengetahuan Yahudi yang mencari-cari punca sebenar pembunuhan Yahudi tersebut.

Perkara ini menakutkan tentera-tentera Israel dan mereka telah mengurangkan jumlah tentera di tempat kejadian. Saluran berita Qatar telah menyebarkan berita mengenai peristiwa ini melalui akhbar dan media massa dan mengiktibarkan bahawa apa yang berlaku di Palestin adalah salah satu dari tanda-tanda kiamat dan ini adalah satu peluang bagi penduduk Palestin untuk mencapai pertolongan dari Allah SWT yang makin hampir.

Berdasarkan dari apa yang disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Doktor Abdul Aziem al-Mutni'ie-pensyarah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar menegaskan: "Kami tidak ragu-ragu untuk menerima perkara tersebut kerana ianya telah jelas di dalam hadis Baginda SAW dan ini bermakna, peristiwa ini tidak bercanggah dengan hadis dan kerana tidak ditentukan di dalam hadis apabila pokok berkata-kata maka kiamat akan terjadi esok. Tidak diragui lagi bahawa umur dunia yang telah berlalu lebih banyak dari yang ditinggalkan.


Oleh itu tidak perlu diragui lagi tentang peristiwa ini lebih-lebih lagi ianya disampaikan oleh Syeikh Ahmad Yassin. Ini adalah peluang yang baik bagi umat Islam dan salah satu dari tanda-tanda pertolongan Allah SWT
-Petikan dari buku Ibnu Ismail,Nostalgia Syuhada' Palestin

Motivasi Muslim

Motivasi Muslim


Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.

Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.Kita mungkin tidak akan pernah dapat 'terbang' jauh.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati...Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..

Monday, January 18, 2010

husnul dzhon.....

husnul dzhon.....

1- setiap perkara dan tindakan yang di lakukan oleh anak adam di dunia yang terlihat oleh saudaranya yang lain takkan terlepas dari persangkaan dan penilaian. kalau persangkaan dan penilaian yang di berikan itu baik alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya nauzubillah. ambo tertarik dengan persangka-sangkaan ini kerana ambo percaya setiap manusia takkan terlepas dari persangkaan kepada manusia lain walau sedetik cuma.. antaranya :

` Orang yang BERIBADAH disangka RIAK
` Orang yang RELEKS disangka MALAS
` Orang yang BAIK disangka BURUK
` Orang yang SENYUM disangka MENGEJEK
` Orang yang MASAM disangka MERAJUK
` Orang yang BERMUZAKARAH disangka MENGUMPAT
` Orang yang DIAM disangka SOMBONG
` Orang yang MELAWA disangka MENGGODA
` Orang yang CERIA disangka BUANG TEBIAT
` Orang yang MENEGUR disangka MEMBEBEL
` Orang yang MEMBEBEL disangka MULUT MURAI

tetapi..............

` Mana tahu yang BERIBADAH itu kerana IKHLAS
` Mana tahu yang RELEKS itu kerana BEREHAT
` Mana tahu yang BAIK itu kerana benar2 BAIK
` Mana tahu yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH
` Mana tahu yang MASAM itu kerana MENGENANG DOSA
` Mana tahu yang BERMUZAKARAH itu kerana MUAFAKAT
` Mana tahu yang DIAM itu kerana ZIKRULLAH
` Mana tahu yang MELAWA itu kerana BERSIH HATI
` Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS
` Mana tahu yang MENEGUR itu kerana MEMPERBAIKI
` Mana tahu yang MEMBEBEL itu kerana MENASIHATI

2- oleh itu, marilah kita terutamanya diri ambo sendiri menjauhi sikap yang suka bersangka yang buruk (suu' dzhon) kepada manusia dan juga makhluk tuhan yang lain kerana sikap ini selain mendapat murka Allah, ianya juga secara tidak langsung akan menghancurkan ukhwah sesama manusia yang sepatutnya terjalin erat.

3- memang kita berhak untuk menafsirkan apa saja terhadap orang lain, tetapi janganlah kita hanya pandai menilai diri orang lain namun diri sendiri, perasan je lebih. apa yang kita buat jika untuk mencari keredhaan Allah, jangan di pedulikan kata2 nista yang tak berkesudahan.

4- ingatlah hanya KETAQWAAN kepada Allah yang menjadi penentu baik buruknya kita. mafhum hadis nabi s.a.w juga ada menyebut setiap muslim menjadi cermin kepada saudaranya yang lain.. marilah kita sama2 bersangka baik (husnul dzhon) sesama kita kerana itulah cara yang terbaik untuk kita bersangka baik pula terhadap Allah taala (menerima qada' dan qadarnya dengan redha).. wallahu a'lam.

Followers

blog hina islam.kita perlu cepat bertindak

Blog Hina Islam

Info Penting!!
Blog dibawah menghina Islam..

http://beritamuslim.wordpress.com

laporkan pada pihak wordpress dengan cara klik
http://en.wordpress.com/report-spam
Your Email : email anda
Blog URL : isi dengan
http://beritamuslim.wordpress.com
Why : isi dengan --> BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
Semoga semakin ramai buat laporan, semakin cepat blognya ditutup.
Tolong sebarkan!!

Dan ini satu lagi blog kurang ajar...
http://islamexpose.blogspot.com
Dan ini,
www.indonesia.faithfreedom.org
Dan ini
http://www.answering-islam.org
Ini juga
http://www.secularislam.org
Dan lagi
http://www.faithfreedom.org

Semoga Allah Memberikan hidayah kepada mereka sebagaimana Allah memberikan hidayahNya kepada saidina Umar yang juga menentang Islam di Zaman jahiliahnya.
Atau Allah membalas segala usaha Jahat mereka.
Amin..