Monday, January 18, 2010
husnul dzhon.....
1- setiap perkara dan tindakan yang di lakukan oleh anak adam di dunia yang terlihat oleh saudaranya yang lain takkan terlepas dari persangkaan dan penilaian. kalau persangkaan dan penilaian yang di berikan itu baik alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya nauzubillah. ambo tertarik dengan persangka-sangkaan ini kerana ambo percaya setiap manusia takkan terlepas dari persangkaan kepada manusia lain walau sedetik cuma.. antaranya :
` Orang yang BERIBADAH disangka RIAK
` Orang yang RELEKS disangka MALAS
` Orang yang BAIK disangka BURUK
` Orang yang SENYUM disangka MENGEJEK
` Orang yang MASAM disangka MERAJUK
` Orang yang BERMUZAKARAH disangka MENGUMPAT
` Orang yang DIAM disangka SOMBONG
` Orang yang MELAWA disangka MENGGODA
` Orang yang CERIA disangka BUANG TEBIAT
` Orang yang MENEGUR disangka MEMBEBEL
` Orang yang MEMBEBEL disangka MULUT MURAI
tetapi..............
` Mana tahu yang BERIBADAH itu kerana IKHLAS
` Mana tahu yang RELEKS itu kerana BEREHAT
` Mana tahu yang BAIK itu kerana benar2 BAIK
` Mana tahu yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH
` Mana tahu yang MASAM itu kerana MENGENANG DOSA
` Mana tahu yang BERMUZAKARAH itu kerana MUAFAKAT
` Mana tahu yang DIAM itu kerana ZIKRULLAH
` Mana tahu yang MELAWA itu kerana BERSIH HATI
` Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS
` Mana tahu yang MENEGUR itu kerana MEMPERBAIKI
` Mana tahu yang MEMBEBEL itu kerana MENASIHATI
2- oleh itu, marilah kita terutamanya diri ambo sendiri menjauhi sikap yang suka bersangka yang buruk (suu' dzhon) kepada manusia dan juga makhluk tuhan yang lain kerana sikap ini selain mendapat murka Allah, ianya juga secara tidak langsung akan menghancurkan ukhwah sesama manusia yang sepatutnya terjalin erat.
3- memang kita berhak untuk menafsirkan apa saja terhadap orang lain, tetapi janganlah kita hanya pandai menilai diri orang lain namun diri sendiri, perasan je lebih. apa yang kita buat jika untuk mencari keredhaan Allah, jangan di pedulikan kata2 nista yang tak berkesudahan.
4- ingatlah hanya KETAQWAAN kepada Allah yang menjadi penentu baik buruknya kita. mafhum hadis nabi s.a.w juga ada menyebut setiap muslim menjadi cermin kepada saudaranya yang lain.. marilah kita sama2 bersangka baik (husnul dzhon) sesama kita kerana itulah cara yang terbaik untuk kita bersangka baik pula terhadap Allah taala (menerima qada' dan qadarnya dengan redha).. wallahu a'lam.
Followers
blog hina islam.kita perlu cepat bertindak
Blog Hina Islam
Info Penting!!
Blog dibawah menghina Islam..
http://beritamuslim.wordpress.com
laporkan pada pihak wordpress dengan cara klik
http://en.wordpress.com/report-spam
Your Email : email anda
Blog URL : isi dengan
http://beritamuslim.wordpress.com
Why : isi dengan --> BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion, abusing.
Semoga semakin ramai buat laporan, semakin cepat blognya ditutup.
Tolong sebarkan!!
Dan ini satu lagi blog kurang ajar...
http://islamexpose.blogspot.com
Dan ini,
www.indonesia.faithfreedom.org
Dan ini
http://www.answering-islam.org
Ini juga
http://www.secularislam.org
Dan lagi
http://www.faithfreedom.org
Semoga Allah Memberikan hidayah kepada mereka sebagaimana Allah memberikan hidayahNya kepada saidina Umar yang juga menentang Islam di Zaman jahiliahnya.
Atau Allah membalas segala usaha Jahat mereka.
Amin..
No comments:
Post a Comment